TABUNGAN MASA HADAPAN merupakan satu PELABURAN PENDIDIKAN untuk menjamin keberlangsungan dunia pengetahuan tanpa sempadan. Di era yang penuh dengan cabaran, pendidikan menjadi suatu indikator pada individu dalam menentukan taraf hidup serta status. Seperti yang sedia maklum, peningkatan kos hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa termasuklah kos pengajian, perubatan dan sebagainya. Selain itu, pelaburan ini bukan sahaja terhad pada murid-murid mahupun para pelajar, bahkan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai keinginan untuk membuat pelaburan ini. Disamping dapat menambah dana pendidikan negara, para penerima manfaat dapat menikmati agihan dividen yang memberangsangkan (mengikut pada pengisytiharan agihan dividen). Situasi ini dikira sebagai "win-win" kerana pihak pendeposit, penerima manfaat dan PTPTN juga memperolehi faedah dari aktiviti ini.
Oleh itu, kami mengesyorkan suatu simpanan yang mampu menampung serta mengurangkan kadar bebanan kos di masa hadapan. Di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ada memperkenalkan simpanan yang dikenali sebagai SSPN-i Plus. Para pendeposit layak menerima perlepasan cukai tahunan, pulangan simpanan dalam bentuk dividen serta berpeluang untuk memenangi peraduan yang dianjurkan di bawah simpanan tersebut. Jangan menunggu lagi, cepat bertindak demi masa hadapan yang penuh dengan kejutan tanpa kawalan.
Comments
Post a Comment